Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010
Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010

Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010

Sukan Olimpik Belia Singapura 2010[1] atau Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 (Bahasa Inggeris: Singapore 2010 Youth Olympic Games) ialah acara multi-sukan untuk belia yang diadakan di Singapura pada 14-26 Ogos 2010. Ia merupakan acara julung kali Sukan Olimpik Belia (YOG). 3,531 atlet berumur antara 14 dan 18 tahun dari 204 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) akan bertanding dalam 184 acara dalam 26 sukan.[2]Perasmian diadakan di pentas terapung di Marina Bay, selatan pulau kecil Singapura.[3] Malam perasmian disaksikan oleh 27,000 penonton yang disiarkan ke seantero dunia. Perasmian oleh Presiden Singapura S. R. Nathan. Turut hadir ialah Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Jacques Rogge dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur YOG Singapura Ng Ser Miang.Obor Olimpik dilarikan merentasi dunia dari Athens, Yunani menerusi sebuah kapal di Marina Bay diiringi oleh bot-bot naga. Seterusnya mencucuh kawah api.